Mengenali Kereta Klon

Kita mungkin sudah biasa dengar tentang barangan tiruan seperti pakaian ,alat elektrik dan sebagainya lagi kan.tapi pernah ka kamu dengar kenderaan menjadi mangsa "cetak rompak" or diklonkan?? walaupun kebarangkalian adanya kereta tiruan atau diklonkan teramat-amat kecil,ada baiknya jugak ambil langkah berhati-hati.Contohnya bagaimana mau bezakan kereta Proton Waja tulen dengan kereta Waja Klon.

Panduan 1
-Kereta Proton Waja tulen tertera perkataan dan huruf 'WAJA'
-Tapi Waja klon ejaannya diubah,disongsangkan atau dipanjangkan menjadi Proton JAWA atau Proton BAJA atau juga menjadi proton KESATRIA BAJA HITAM.

Panduan 2
-Perhatikan logonya.
-Kalau Waja tulen logonya seperti kepala Singa
-Tetapi Waja klon menggunakan logo kepala singa betina atau singa kembar atau mungkin juga kepala binatang peliharaan pemakainya.

Panduan 3
-Sistem naik-turun cermin pintu Waja tulen dikendalikan secara otomatik
-Tapi Waja klon menggunakan sistem engkol atau tangkal pulas sebagaimana kereta dulu-kala

Panduan 4
-sarung tempat duduk atau sit kereta Waja tulen kalau kulit diperbuat daripada kulit asli
-Tapi sarung sit Waja klon menggunakan kulit binatang klon seperti lembu klon atau kulit campuran kulit binatang dengan kulit pokok

Panduan 5
-Enjin kereta Waja tulen berbunyi(contohnya-Vroom! Vroomm) bila dihidupkan
-Tapi enjin Waja klon berbunyi bila dimatikan(contohnya-Grom! Greng! Gedegang!)

Panduan 6
-Kereta Waja tulen apabila ditekan honnya akan mengeluarkan bunyi(contohnya-pin! Pin!)
-Tetapi Waja klon apabila honnya akan berbunyi(contohnya-Din! Dong! atau Kring! Kring!)

Panduan 7
-Sistem untuk buka-tutup atau mengunci pintu Waja tulen menggunakan central lock
-Tetapi Waja klon menggunakan tombol untuk buka-tutup dan menggunakan selak atau mangga untuk mengunci pintunya

Panduan 8
-Sistem brek Waja tulen menggunakan cakera brek yang membolehkan kereta terus berhenti bila diktekan brek
-Tapi sistem brek Waja klon menggunakan cakera brek lanun cetak rompak yang membolehkan kereta berhenti sebelum atau tanpa tekan brek

Panduan 9
-Bahan proses pembakaran atau sasap Waja tulen disalur keluar dari enjin melalui eksos paip
-Tetapi asap Waja klon disalur melalui ekzos buluh atau ekzos batang paip air

Panduan 10
-Kuasa enjin Waja tulen sekitar 1600 cc atau 1600 kuasa kuda
-Tetapi Waja klon sekitar 1600 darjah celcius atau 1600 ekor kuasa kuda

Panduan 11
-Waja tulen dilengkapkan dengan sistem keselamatan elak kecurian yang mana alat penggera/alarm akan berbunyi seperti bunyi hon(contohnya-Pin! Pin!)
-Manakala alarm Waja klon akan berbunyi seperti bunyi suara tuannya(contohnya-Pencuri! Pencuri!)

Panduan 12
-Waja tulen menggunakan petrol sebagai bahan bakar
-Waja klon boleh ditentukan sendiri oleh pemakainya.
-(Disyorkan guna petrol sebagai bahan bakar untuk bakar Waja klon tu)

Makanan Keluaran Apollo HARAM dimakan

Makanan Keluaran Apollo HARAM dimakan

apolloresize
Kepada semua pengguna2 Muslim,


Saya ingin menasihati anda semua supaya berhenti membeli semua keluaran Apollo Food Industries terutamanya ibubapa yang selalu membeli makanan seumpama layer cake, choco stick dan sebagainya yang selalu keluar iklan di TV . Kejadian ini berlaku kepada saya sendiri.


Saya selalu juga membeli apollo layer cake dlm kuantiti yg banyak untuk anak2 saya sebagai makanan ringan. Anak2 juga selalu mendapat product Apollo setiap kali ada majlis harijadi disekolah (goodie bag yg disediakan oleh parents kepada birthday girl/boy tersebut).


Selama ini saya ingatkan product Apollo ni HALAL sebab keluar kat TV..kalau tak halal, takkan TV boleh lepas ye tak?


Nak jadikan cerita, suatu hari, saya membeli APOLLO CHOCOLATE LAYER CAKE yg plastik pembungkusnya berwarna kuning . Anak2 sempat makan sorang satu. Entahlah, sudah menjadi tabiat saya, suka membaca ingredient yg tertera pada pembungkus makanan, hatta ubat gigi, syampoo dan sebagainya, saya juga suka membaca. Mungkin saya mengambil langkah berjaga2 agaknya.


Tetiba saya terpana bila apa yg saya takuti akhirnya terjadi kepada saya & keluarga sendiri... APOLLO layer cake yg saya beli mengandungi Emulsifier 471, yg kita sudah maklum, mengandungi unsur babi.. Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah.. banyak kali saya beristighfar, kerana anak2 saya sudah memakan cake tersebut.


Saya terus memberitahu mereka supaya jgn lagi memakan APOLLO... APOLLO HARAM DIMAKAN !


Saya harap kawan2 sume tolong sebarkan kepada jiran2, kawan2 seagama supaya memesan kepada anak2 kita, jgn lagi memakan product apollo ini.. Bukan saja Apollo Chocolate layer cake, tapi kita patut BANNED semua product keluaran APOLLO kerana semua productnya dikilangkan dikilang yg sama, mesin yg sama, bercampur yg halal dan haram...


Yang buat saya paling sedih, Ada logo HALAL pada plastik pembungkus APOLLO tersebut...


Marilah kita sama2 membenteras penipuan ini dan semoga Allah ampunkan dosa2 kita yg telah termakan benda haram ni...


Emulsifiers yg HARAM:
120,141,160(A), 161,252,300,301,422,430,431,434,435,436,441,470,471,472(AE),473~477,481~483,491,494,542,570,631,635,920 beur & RENNET...




TOLONG-TOLONG LAH SEBAR-SEBARKAN KEPADA ORANG ISLAM

Arwah Ibu Melawat Mayat Anak

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memaka i baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar an ak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul. " kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wan ita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa me mbantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk mar ahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatka n saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya .
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mung kin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dal am ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
SUMBER: INTERNET

Air Zam-Zam

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:
Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa ia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Adayang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan.
Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”.
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.
“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air.
Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah….. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.
SUMBER: INTERNET

KHUTBAH RASULLAH S.A.W TENTANG DAJJAL

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata :"Rasulullah telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah dajjal. Baginda telah bersabda :"Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh dajjal.” Setiap nabi yang diutus oleh Allah ada mengingatkan kaumnya tentang dajjal.
Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah akan menjaga orang-orang mukmin.
Dajjal itu nanti akan datang dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan akan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri dajjal yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
Pada mulanya nanti dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai tuhan.Ingatlah bahwa tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baru. Dan juga diantara dua mata dajjal itu tertulis K-A-F-I-R yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iakni panas. Sesiapa diantara kamu yang diseksanya dengan nerakanya, hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, nescaya nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
Diantara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab; "seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai tuhanmu ?" Orang Arab itu akan berkata :"Tentu.". Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama malah suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya :"Wahai anakku, ikutlah dia,sesungguhnya dialah Tuhanmu."
Diantara tipu dayanya itu juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dikatakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan aku lakukan terhadap hambaku ini. "Sekarang akan aku hidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian dajjal itu bertanya: "Siapa tuhanmu ?" Orang tadi yang kebetulan beriman menjawab : "Tuhanku adalah Allah sedangkan kamu adalah musuh Allah.Kami telah diperingatkan oleh Rasulullah tentang kedatanganmu di akhir zaman."
Mendengar yang demikian itu dajjal marah dan cuba membunuhnya lagi tetapi tidak sangup. Akhirnya dicampakkan orang mukmin tadi kedalam nerakanya. Orang itu telah lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.
Di antara tipu dayanya itu juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan, tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh supaya bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, tiba-tiba tumbuh. Dajjal tersebut datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan, maka disebabkan demikiann tanam-tanaman mereka tidak menjadi.
Dajjal tersebut pergi ke perkampungan orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung tersebut mengakunya sebagai tuhan. Disebabkan demikian hujan pun turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
Tiada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi dajjal kecuali Makkah Dan Madinah kerana kedua-dua kota tersebut dikawal oleh malaikat. Ketika dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah dan mereka keluar dan pergi bergabung dengan para pengikut dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan.
SUMBER: INTERNET

Cara Betul Memberi Salam

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh
Ringkasnya, baginda SAW akan ;
Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…
Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”
dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;                     “WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan              “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
Sekian, semoga ada manfaatnya.

JAMBATAN RUNTUH


KAMPAR: "Beberapa murid melompat dan menggoyang-goyangkan jambatan dan dalam sekelip mata saya terhumban dalam sungai bersama beberapa murid lain yang menjerit ketakutan," kata seorang murid yang terselamat dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, dekat sini malam kelmarin.




  • 1 maut






  • 2 hilang






  •  294 murid     




  • Murid terselamat sempat berpaut pada kabel, terhumban dalam air cetek

    KAMPAR: "Beberapa murid melompat dan menggoyang-goyangkan jambatan dan dalam sekelip mata saya terhumban dalam sungai bersama beberapa murid lain yang menjerit ketakutan," kata seorang murid yang terselamat dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, dekat sini malam kelmarin.




    Menceritakan detik cemas itu, Mohd Azid Teng, 12, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Bemban, berkata dia bernasib baik kerana terhumban ke kawasan air cetek berhampiran tebing sungai dan berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian yang mengorbankan seorang murid, manakala dua lagi masih hilang.

    Kejadian jam 10.30 malam berlaku ketika 30 hingga 50 murid dan seorang guru yang menyertai Perkhemahan 1Malaysia, di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan sedang menyeberangi jambatan selepas jamuan lewat malam di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di seberang tapak perkhemahan itu.

    Sebahagian lagi murid berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada kabel jambatan sepanjang 50 meter yang baru siap kira-kira sebulan lalu, sebelum diselamatkan oleh beberapa guru serta seorang pengawal keselamatan yang terjun ke sungai.



    Mayat mangsa yang lemas, Dina Deve a/p Nathan, 11, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan, di sini ditemui pasukan mencari dan menyelamat jam 8.30 pagi semalam, berhampiran loji bekalan air sungai berkenaan, kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

    Dua murid yang belum ditemui ialah M Darapharshini, 11, dari sekolah yang sama dan N Divyahshree, 12, dari SJKT Gopeng.

    Ketika kejadian paras sungai yang biasanya agak cetek, meningkat sehingga 1.5 meter dan berarus deras kerana hujan lebat di kawasan Gopeng yang terletak di hulu sungai.

    Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga jam 3 pagi, tiada maklumat mengenai anak mereka.

    MUHYIDDIN dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mendengar cerita Mohammad Amier Amzar Mohd Aspar, 12, yang terselamat dalam kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang.
    Suasana bertambah kelam- kabut apabila penganjur perkhemahan membuat kiraan dan mendapati 22 murid didapati hilang, tetapi berubah tenang apabila pihak berkuasa mengesahkan hanya tiga yang hilang.

    Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, ketika ditemui di tempat kejadian berkata operasi mencari dihentikan jam 7 petang berikutan hujan serta cuaca yang semakin gelap dan sambung jam 7 pagi ini.

    Mangsa adalah antara 294 murid Tahun Empat, Lima dan Enam dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai kokurikulum perkhemahan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

    Perkhemahan yang membabitkan 23 guru itu dijadualkan bermula semalam hingga esok dan mula mendaftar sejak jam 3 petang kelmarin. Ia adalah yang kedua dianjurkan PPD Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya, minggu lalu. Perkhemahan yang sama diadakan serentak di daerah Larut, Matang dan Selama serta Manjung.

    Peserta perkhemahan daripada pelbagai bangsa untuk menggalakkan mereka berinteraksi.

    Bongkah konkrit tapak tiang besi yang mengikat kabel tercampak kira-kira 10 meter, manakala sebahagian lantai jambatan masih di permukaan sungai.

    SUMBER DARI BERITA HARIAN ONLINE

    APA MAKSUD COCA-COLA

    Di saat anda membuka puasa, melepaskan dahaga setelah selesai melaksanakan ibadat selepas azan maghrib, segelas minuman sejuk mmg amat melegakan.

    1. Tapi, disaat-saat kamu tengah berbuka puasa atau menjamu selera yang juga sebahagian daripada ibadah, ada atu kaum ni yang tak henti-henti hendak menyesatkan. Siapa lagi kalau bukan Yahudi.

    Ketahuilah maksud minuman ni rakan-rakan.





    MasyaAllah.


    If you were using a Java-enabled browser, you would see the clipstream

    PENGIRA PELAWAT