Air Zam-Zam

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:
Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa ia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Adayang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan.
Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”.
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.
“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air.
Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah….. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.
SUMBER: INTERNET

KHUTBAH RASULLAH S.A.W TENTANG DAJJAL

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata :"Rasulullah telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah dajjal. Baginda telah bersabda :"Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh dajjal.” Setiap nabi yang diutus oleh Allah ada mengingatkan kaumnya tentang dajjal.
Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah akan menjaga orang-orang mukmin.
Dajjal itu nanti akan datang dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan akan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri dajjal yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
Pada mulanya nanti dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai tuhan.Ingatlah bahwa tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baru. Dan juga diantara dua mata dajjal itu tertulis K-A-F-I-R yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iakni panas. Sesiapa diantara kamu yang diseksanya dengan nerakanya, hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, nescaya nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
Diantara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab; "seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai tuhanmu ?" Orang Arab itu akan berkata :"Tentu.". Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama malah suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya :"Wahai anakku, ikutlah dia,sesungguhnya dialah Tuhanmu."
Diantara tipu dayanya itu juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dikatakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan aku lakukan terhadap hambaku ini. "Sekarang akan aku hidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian dajjal itu bertanya: "Siapa tuhanmu ?" Orang tadi yang kebetulan beriman menjawab : "Tuhanku adalah Allah sedangkan kamu adalah musuh Allah.Kami telah diperingatkan oleh Rasulullah tentang kedatanganmu di akhir zaman."
Mendengar yang demikian itu dajjal marah dan cuba membunuhnya lagi tetapi tidak sangup. Akhirnya dicampakkan orang mukmin tadi kedalam nerakanya. Orang itu telah lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.
Di antara tipu dayanya itu juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan, tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh supaya bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, tiba-tiba tumbuh. Dajjal tersebut datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan, maka disebabkan demikiann tanam-tanaman mereka tidak menjadi.
Dajjal tersebut pergi ke perkampungan orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung tersebut mengakunya sebagai tuhan. Disebabkan demikian hujan pun turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
Tiada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi dajjal kecuali Makkah Dan Madinah kerana kedua-dua kota tersebut dikawal oleh malaikat. Ketika dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah dan mereka keluar dan pergi bergabung dengan para pengikut dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan.
SUMBER: INTERNET

Cara Betul Memberi Salam

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh
Ringkasnya, baginda SAW akan ;
Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…
Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”
dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;                     “WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan              “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
Sekian, semoga ada manfaatnya.

JAMBATAN RUNTUH


KAMPAR: "Beberapa murid melompat dan menggoyang-goyangkan jambatan dan dalam sekelip mata saya terhumban dalam sungai bersama beberapa murid lain yang menjerit ketakutan," kata seorang murid yang terselamat dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, dekat sini malam kelmarin.




  • 1 maut






  • 2 hilang






  •  294 murid     




  • Murid terselamat sempat berpaut pada kabel, terhumban dalam air cetek

    KAMPAR: "Beberapa murid melompat dan menggoyang-goyangkan jambatan dan dalam sekelip mata saya terhumban dalam sungai bersama beberapa murid lain yang menjerit ketakutan," kata seorang murid yang terselamat dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, dekat sini malam kelmarin.




    Menceritakan detik cemas itu, Mohd Azid Teng, 12, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Bemban, berkata dia bernasib baik kerana terhumban ke kawasan air cetek berhampiran tebing sungai dan berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian yang mengorbankan seorang murid, manakala dua lagi masih hilang.

    Kejadian jam 10.30 malam berlaku ketika 30 hingga 50 murid dan seorang guru yang menyertai Perkhemahan 1Malaysia, di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan sedang menyeberangi jambatan selepas jamuan lewat malam di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di seberang tapak perkhemahan itu.

    Sebahagian lagi murid berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada kabel jambatan sepanjang 50 meter yang baru siap kira-kira sebulan lalu, sebelum diselamatkan oleh beberapa guru serta seorang pengawal keselamatan yang terjun ke sungai.



    Mayat mangsa yang lemas, Dina Deve a/p Nathan, 11, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan, di sini ditemui pasukan mencari dan menyelamat jam 8.30 pagi semalam, berhampiran loji bekalan air sungai berkenaan, kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

    Dua murid yang belum ditemui ialah M Darapharshini, 11, dari sekolah yang sama dan N Divyahshree, 12, dari SJKT Gopeng.

    Ketika kejadian paras sungai yang biasanya agak cetek, meningkat sehingga 1.5 meter dan berarus deras kerana hujan lebat di kawasan Gopeng yang terletak di hulu sungai.

    Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga jam 3 pagi, tiada maklumat mengenai anak mereka.

    MUHYIDDIN dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mendengar cerita Mohammad Amier Amzar Mohd Aspar, 12, yang terselamat dalam kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang.
    Suasana bertambah kelam- kabut apabila penganjur perkhemahan membuat kiraan dan mendapati 22 murid didapati hilang, tetapi berubah tenang apabila pihak berkuasa mengesahkan hanya tiga yang hilang.

    Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, ketika ditemui di tempat kejadian berkata operasi mencari dihentikan jam 7 petang berikutan hujan serta cuaca yang semakin gelap dan sambung jam 7 pagi ini.

    Mangsa adalah antara 294 murid Tahun Empat, Lima dan Enam dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai kokurikulum perkhemahan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

    Perkhemahan yang membabitkan 23 guru itu dijadualkan bermula semalam hingga esok dan mula mendaftar sejak jam 3 petang kelmarin. Ia adalah yang kedua dianjurkan PPD Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya, minggu lalu. Perkhemahan yang sama diadakan serentak di daerah Larut, Matang dan Selama serta Manjung.

    Peserta perkhemahan daripada pelbagai bangsa untuk menggalakkan mereka berinteraksi.

    Bongkah konkrit tapak tiang besi yang mengikat kabel tercampak kira-kira 10 meter, manakala sebahagian lantai jambatan masih di permukaan sungai.

    SUMBER DARI BERITA HARIAN ONLINE

    APA MAKSUD COCA-COLA

    Di saat anda membuka puasa, melepaskan dahaga setelah selesai melaksanakan ibadat selepas azan maghrib, segelas minuman sejuk mmg amat melegakan.

    1. Tapi, disaat-saat kamu tengah berbuka puasa atau menjamu selera yang juga sebahagian daripada ibadah, ada atu kaum ni yang tak henti-henti hendak menyesatkan. Siapa lagi kalau bukan Yahudi.

    Ketahuilah maksud minuman ni rakan-rakan.





    MasyaAllah.


    If you were using a Java-enabled browser, you would see the clipstream

    PENGIRA PELAWAT